Monday, 8 August 2011

My 5th post - The Datai, Langkawi......


 
Cuaca panas.... dah petang sikit...baru sudah berjalan-jalan di hutan kecil that area.



Pemandangan dari bilik kami.


Pengalaman ini adalah kali kedua kami di Datai. Pengalaman pertama, tempat penginapan kami di atas bukit menghadap Andaman Sea.....tapi malangnya kami lupa bawa camera.....
Hanya handycam sahaja yg dibawa.
Memandangkan lokasi ini amatlah jauh dari kedai-kedai makan atau kedai-kedai sebaguna jadi kami mempunyai own Chef yang memasak dan menyediakan makanan untuk kami sepanjang 3 hari disana.
Terasa bersyukur....sangat sampai rasa tak nak balik je....biasa la. Bila dah vacation siapa yang nak balik...

Kemudian kami sambung pula menginap di The Andaman selama 2 hari lagi....


This is oour room....dah sepah sepah...heheheeee


Kat sini banyak hutan-hutan kecil....and sebelah garden ni ada beach.....pasir putih....


The pool....sangat redup walaupun panas terik disebabkan pokok-pokok yang besar dan rendang. Sehingga sekarang kalau i nak dok hotel....mesti nak cari pool yang ada pokok rendang.
Almaklumlah.....kita ni kulit manggis....gelap pulak tu. Kalau mak salleh tu tak pa lah... so kenalah cari tempat redup-redup.


 Ini pulak namanya Geko....cicak yang terdapat di Andaman Langkawi. Bunyinya sangat kuat walaupun ianya kecil. Banyak warna lagi yang lain. Bila ia dah melekat kat dinding, lama.....baru ia akan ke tempat lain. Bising ya amat. Tapi dia tak takut sangat bila kita ambil gambar dekat-dekat.
Cantik kan.......

Yang ni pulak u all tau burung apa kan....masa sarapan pagi. Kami breakfirst kat bawah kaki bukit Andaman. Jauh lah sikit. Tpi pakcik ni jual nasi lemak....roti canai yg sedap kat situ. Burung ni pulak adalah peneman yang setia di kedai ini. Burung ni tak diikat ianya dilepas bebas. Tapi dia dok je kat situ tak terbang-terbang. Bila petang, baru dia balik.....Such a brilliant birdie.....setia dgn tuannya. Kita manusia macam mana.....setia tak?

Tamatlah  percutian....5 hari....
Tak cukup beb....